Salam sejahtera kepada semua pembaca! Pada hari ini saya ingin menceritakan tentang masalah yang sering dihadapi oleh semua pengguna telefon pintar! Masalah yang saya maksudkan sebentar tadi adalah jangka masa bateri telefon untuk habis dengan begitu cepat. Untuk pengetahuan anda, jangka hayat dan prestasi bateri akan berkurangan dari semasa ke semasa. Bukan itu sahaja, kapasiti bateri juga akan berkurangan dalam jangka masa lebih kurang satu tahun.
PELANGGAN KAMI, PUAN SITI HAJAR

Puan Siti Hajar yang mengalami masalah bateri habis dengan terlalu cepat dan beliau membuat penukaran bateri iPhone 5S di IPRO Ampang yang mengambil masa 15 minit sahaja!
Masalah ini dihadapi oleh salah seorang pelanggan kami yang bernama Siti Hajar, seorang pengguna iPhone 5S. Beliau datang ke IPRO Ampang dan disambut mesra oleh seorang juruteknik kami yang bernama Merza. Puan Siti Hajar menyerahkan telefon itu kepada juruteknik kami sambil mula menceritakan tentang masalah yang dihadapinya.
Beliau memaklumkan bahawa bateri telefon beliau itu habis dengan kadar yang begitu cepat sehingga beliau harus membawa powerbank ke mana-mana sahaja untuk menggunakan telefon itu. Walaupun beliau mengecas sehingga penuh sekalipun, bateri itu akan berkurangan dengan pantas sehingga beliau terpaksa mengaktifkan mod pesawat untuk melambatkan sedikit penggunaan bateri.
SERVIS PEMBAIKAN DI IPRO AMPANG
Puan Siti memaklumkan bahawa telefon beliau itu sering mati secara tiba-tiba walaupun bateri pada masa itu berada pada tahap 30%. Beliau juga memberitahu juruteknik kami bahawa beliau tidak pernah membuat apa-apa penukaran sejak dari beliau membeli telefon itu. Setelah mendengar penjelasan daripada Puan Siti, juruteknik kami memulakan proses diagnosis dengan menyemak bacaan arus pengecasan telefon itu dan mendapati bahawa bacaan tersebut rendah daripada biasa.
Bacaan arus pengecasan menunjukkan pada tahap 0.3A yang bermaksud arus pengecasan adalah perlahan. Ini mungkin disebabkan oleh tidak berkeupayaan untuk menampung kuasa yang diberi oleh kerana usia bateri yang lama. Selepas itu, juruteknik kami juga menyemak status bateri dan mendapati bahawa tahap kapasiti adalah serendah 30%.
Ini bermakna kadar pengecasan penuh yang dibuat pada bateri itu sekadar pada tahap 30% sahaja. Jadi, itulah yang menyebabkan Puan Siti mengalami penurunan baterj yang sangat cepat. Selepas juruteknik kami menyuarakan pendapat pada Puan Siti, beliau pun bersetuju untuk menukar bateri untuk tempoh penggunaan telefon yang lebih lama.
Proses penukaran bateri iPhone 5S mengambil masa 15 minit sahaja dan Puan Siti juga diberi jaminan untuk bateri itu selama 6 bulan, sekiranya berlaku apa-apa masalah berkaitan dengan bateri tersebut, Puan Siti boleh merujuk kembali di IPRO Ampang dan kami akan membuat penukaran dengan serta-merta. Selepas penukaran bateri dilakukan, juruteknik kami menunjukkan status kapasiti bateri yang sekarang menunjukkan pada tahap 100%. Puan Siti mengucapkan terima kasih kepada juruteknik kami dan membuat pembayaran di kaunter bayaran.
Terima kasih kerana memilih kami sebagai pusat servis pembaikan telefon pintar anda, Puan Siti!
KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/
Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur