Masalah bateri pada Huawei P9
Seorang pelanggan menelefon kami dan beritahu bahawa telefonnya Huawei P9 mempunyai masalah bateri. Telefonnya didapati cepat habis walaupun tidak menggunakannya. Kami memberitahunya bahawa bateri perlu order pada supplier kami kerana stok telah habis dan proses untuk sampai ke kedai kita ambil masa minimum 1 – 3 hari. Beliau bersetuju dan membuat deposit kepada pihak admin kita yang bertugas.
Selepas pembayaran, kami membuat pesanan bagi bateri telefon tersebut dan keesokan harinya bateri tersebut sampai di kedai kami. Kami membuat panggilan terhadap pelanggan kami untuk memberitahu bahawa bateri telah sampai dan beliau boleh datang untuk kami membuat pemasangan.
Kemudian, juruteknik kami mengambil masa 1 – 2 jam untuk membuat penukaran bateri dan juga pemeriksaan. Semuanya berjalan dengan baik sekali dan telefon itu diberikan semula kepada pelanggan kami. Akhir sekali, pelanggan kami mengucapkan terima kasih atas penukaran serta servis yang diberikan.
Selepas penukaran bateri
KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://iphonerepairkl.com/
Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur