Pelanggan kami yang bernama Encik Zaishalan membuat penukaran bateri Honor 6X di IPRO Ampang yang mengambil masa lebih kurang satu jam sahaja. Masalah yang dihadapi oleh beliau akan dikongsikan dalam artikel ini.
PELANGGAN KAMI, ENCIK ZAISHALAN
Encik Zaishalan datang dengan masalah dimana bateri telefon Honor 6X beliau kembung. Beliau berurusan dengan salah seorang juruteknik IPRO Ampang yang bernama Merza. Encik Zaishalan menerangkan masalah yang dihadapi oleh beliau dimana telefon beliau sering panas semasa penggunaan telefon itu. Setelah Encik Zaishalan memberikan telefonnya kepada Merza untuk membuat semakan, perkara yang pertama yang dilakukan oleh juruteknik kami adalah menyemak bacaan arus pengecasan yang masuk ke telefon Encik Zaishlan.
SERVIS DI IPRO AMPANG
Juruteknik kami mendapati bahawa arus pengecasan yang diterima daripada telefon itu tidak normal dimana ianya berada pada tahap yang rendah. Merza juga mendapati bahawa bateri yang kembung itu menyebabkan skrin telefon itu kelihatan terangkat sedikit daripada kerangka telefon. Proses penukaran bateri memakan masa 1 jam sahaja, tetapi bagi Android kami perlu membuat penempahan bagi peranti Android yang memakan masa 1 hari ini, ianya bergantung kepada pembekal peranti menghantar peranti tersebut kepada kami terlebih dahulu barulah kami boleh membuat penukaran dengan serta-merta.
Perkara pertama yang dilakukan oleh Merza adalah membuka bahagian belakang telefon itu menggunakan alat spudger plastik. Selepas kerangka badan telefon Honor 6X itu berjaya dibuka, Merza terus menanggalkan skru daripada breket yang melindungi riben bateri. Sebelum penggantian bateri dilakukan, juruteknik kami menguji keadaan bateri itu terlebih dahulu dengan membuat penyambungan riben bateri baru untuk menghidupkan telefon Encik Zaishalan.
Semasa pengujian, bacaan bateri baru itu menunjukkan bacaan yang normal. Setelah juruteknik kami berpuas hati atas pengujian yang dibuat yang merangkumi arus pengecasan dan prestasi bateri, juruteknik kami membuat pemasangan semula dengan menggunakan pelekat bateri serta pemasangan skru. Encik Zaishalan membuat semakan sekali imbas sebelum membuat pembayaran. Beliau juga diberi satu bulan jaminan sekiranya beliau mengalami apa-apa masalah berkaitan dengan bateri tersebut.
Terima kasih kerana memilih IPRO Ampang sebagai pusat servis pembaikan telefon anda Encik Zaishalan!
KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://iphonerepairkl.com/
Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur