Logo Apple tersangkut pada iPhone 7
Pada hari ini, seorang pelanggan kami datang ke kedai dan mempunyai masalah Logo Apple sangkut pada iPhone 7 miliknya. Dia memberitahu bahawa sebelum ini telefonnya terjatuh dan selepas itu logo Apple mula tersangkut. Bagi masalah ini, juruteknik kami membuat pemeriksaan dan mendapati bahawa backlight pada telefonnya perlu ditukar.
Backlight merupakan satu lapisan yang mana ia akan mengeluarkan cahaya pada LCD skrin bagi mengeluarkan imej. Backlight disambungkan sekali pada Home Button iPhone 7. Oleh disebabkan itu, apabila backlight mempunyai masalah Home Button tidak dapat berfungsi dan ini menyebabkan sistem iPhone 7 untuk mengeluarkan logo Apple.
Isu ini dapat dielakkan dengan menggantikan backlight yang baru atau putuskan sambungan Home Button pada backlight. Pelanggan kami memilih untuk menggantikan backlight tersebut. Juruteknik kami mengambil masa 40 minit untuk menukarkan backlight telefonnya dan selepas penukaran, telefon menjadi normal semula. Pelanggan kami gembira kerana telefonnya dapat dibuka semula dan mengucapkan terima kasih kepada kami atas pembaikan tersebut.
KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://iphonerepairkl.com/
Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur