10:00 AM - 8:00 PM (Isnin - Sabtu), Rehat Jumaat: 12:30 PM - 3:00 PM, AHAD CUTI +60196000508 hriproampang@gmail.com

Selamat sejahtera kepada semua pembaca,

Pada artikel kali ini, saya ingin menceritakan tentang masalah yang  dialami oleh pengguna apabila melibatkan masalah telefon pintar mereka. Masalah ini merupakan satu masalah yang mana hanya pakar juruteknik sahaja yang boleh baiki iaitu masalah motherboard. Masalah motherboard merupakan satu masalah yang mana sesetengah fungsi telefon tidak boleh digunakan atau kes yang paling teruk telefon tidak dapat digunakan langsung.

Pembaikan cip IC pada motherboard iPhone

Apa Itu Motherboard?

Terlebih dahulu, saya ingin menceritakan tentang motherboard. Apa itu motherboard dan mengapa ia merupakan satu papan induk paling penting kepada gajet pada masa kini. Motherboard merupakan satu papan litar yang mana ia mempunyai pelbagai jenis komponen kecil serta cip IC yang juga berfungsi sebagai pemprosesan kepada telefon pintar.Disitulah segala fungsi akan terhasil untuk sebuah telefon pintar contohnya kamera,paparan imej,bunyi,rakaman suara dan lain – lain.

Pengalaman Kami

Bagi pengguna iPhone, kami menerima pelbagai kes berkaitan motherboard yang mana salah satu masalah berikut pengguna tidak boleh membuat panggilan atas kerana tiada isyarat panggilan atau “No Service” . Selain itu, terdapat juga masalah yang mana tiada suara apabila mengenakan panggilan. Malahan, iPhone mereka tidak dapat merakam suara mereka. Kes yang teruk, telefon tidak boleh dihidupkan langsung walaupun bateri ditukarkan. Pelbagai faktor yang menyebabkan masalah itu berlaku antaranya ialah mengenakan cas dalam kereta atau telefon masuk air dan sebagainya.

Salah satu cip IC pada motherboard iPhone 6S

 

Pelbagai masalah motherboard yang boleh berlaku pada iPhone. Di kedai kami, anda tak perlu risau kerana kami boleh membuat pemeriksaan motherboard secara percuma untuk anda. Kami hanya perlukan masa 1 minggu untuk membuat diagnos penuh pada motherboard.

Selepas kami dapat mengenalpasti masalah motherboard telefon anda, kami akan memberitahu jenis kerosakan motherboard serta jumlah untuk membuat pembaikan motherboard. Sekiranya anda membuat keputusan untuk tidak membaiki masalah motherboard tersebut, sekurang – kurangnya anda mendapat info yang tepat berkaitan masalah motherboard telefon anda.

 

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://iphonerepairkl.com/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur

 

Pin It on Pinterest