Ahad hingga Sabtu (10am – 9pm), Jumaat (3pm – 9pm) +60 14 500 0085 resq@iproampang.my

Encik Irsyad hadir ke kedai kami bagi membaiki masalah yang dihadapinya berkenaan iPhone 6 miliknya. Juruteknik kami dapat mengenal pasti terdapat bateri kembung selepas membuat pemeriksaan. Penjagaan bateri bagi telefon pintar amatlah penting. Ini kerana sekiranya bateri menjadi kembung ia akan memberi kesan yang buruk kepada bahagian yang lain seperti kamera tidak berfungsi dan motherboard boleh menjadi bengkok atau lebih teruk lagi motherboard menjadi patah. Encik Irsyad bersetuju untuk menukar baterinya yang kembung itu dengan bateri yang mempunyai kapasiti yang lebih tinggi iaitu bateri berjenama Yoobao. Bateri Yoobao mempunyai kapasiti lebih tinggi berbanding kapasiti bateri original dan membolehkan pengguna untuk mengguna telefon pintar mereka dengan jangka masa yang lebih panjang. Bateri Yoobao juga mempunyai waranti sebanyak 18 bulan manakala bateri asli mempunyai waranti sebanyak 12 bulan. Juruteknik kami hanya mengambil masa 15 minit untuk membuat proses penukaran. Encik Irsyad berasa kagum dan berterima kasih dengan servis yang diberikan oleh juruteknik kami. iPro Ampang mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami yang mempercayai kami dengan servis yang kami berikan.

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (014-5000085) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur