Ahad hingga Sabtu (10am – 9pm), Jumaat (3pm – 9pm) +60 14 500 0085 resq@iproampang.my

Pada tahun ini, Apple dikatakan bakal melancarkan model terbaru iaitu iPhone SE2 pada bulan Mac dan ia adalah iPhone yang berkos rendah. Namun,iPhone yang berkos rendah ini mempunyai spesifikasi yang sama seperti iPhone 11 tetapi mempunyai limitasi.Antaranya ialah iPhone SE2 menggunakan 12MP kamera belakang tetapi tidak mempunyai ciri ultrawide telephoto sensor seperti model iPhone yang terbaru demi menjimatkan kos dalam produksi.

iPhone SE2 kos rendah model iPhone baru 2020 2

 

Reka Bentuk

Dikatakan iPhone SE2 bakal mempunyai reka bentuk seperti iPhone 8. Khabar angin juga mengatakan iPhone SE2 akan mempunyai anggaran paparan bersaiz 4.7 inci iaitu kurang daripada iPhone 11 yang mempunyai paparan bersaiz 6.1 inci. Apple juga bakal meletakkan Touch ID kepada iPhone SE2 dan tiada Face ID bagi model terbaru ini. iPhone SE2 juga akan dibekalkan dgn back glass untuk sokongan Wireless Charging seperti model iPhone yang lain.

Prestasi

iPhone SE2 bakal menggunakan A13 Chipset iaitu Chipset paling terkini dan mempunyai RAM sebanyak 3GB yang dijamin masih lagi merupakan model iPhone yang lebih pantas serta mempunyai saingan sama dengan telefon pintar Android 2020 yang lain. Ciri yang ditambah adalah penggunaan ketepatan warna pada LCD serta menambah baik dalam kecerahan. Teknologi 5G masih lagi tiada untuk model ini seperti yang kita harapkan namun mempunyai rangkaian sama dgn iPhone 11 ke atas. iPhone SE2 menggunakan 5MP kamera depan dan 12MP kamera belakang. Walau bagaimana pun tiada ultrawide kamera dan telephoto sensor seperti iPhone lain yang sedia ada

Harga Dan Memori

iPhone SE2 menawarkan 64GB dan 128GB namun dikatakan harga untuk iPhone SE2 bermula sama dengan iPhone SE yang dilancarkan pada tahun 2016 iaitu bermula serendah RM1620. Harga bagi iPhone SE2 tidak dapat disahkan lagi oleh Apple untuk model terbaru ini namun kita tidak tahu apa strategi Apple seterusnya bagi memasarkan model terbaru ini.

Perbezaan Antara Model iPhone Baru Yang Lain

iPhone 11,11 Pro dan 11 Pro Max menawarkan spesifikasi yang begitu tinggi dan penggunaan juga amat memuaskan serta mempunyai ciri yang lebih baru dan berasa lebih premium. Bergantung kepada pengguna, sekiranya mereka mahu menggunakan model iPhone baharu tetapi kos yang lebih rendah daripada iPhone yang lain mereka boleh membeli iPhone SE2 kerana dari segi prestasi mempunyai tahap yang sama seperti iPhone 11 tetapi dari segi ciri-ciri adalah terhad seperti Face ID digantikan dengan Touch ID,tiada Ultrawide kamera serta Telephoto Sensor.

 

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (014-5000085) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur