
Cik Aqilah telah datang ke iPro Ampang membawa iPhone 14 Plus miliknya. Masalahnya adalah iPhone sudah masuk air dan tak boleh on. Kami memberitahu kepadanya bahawa repair iPhone masuk air ini tidak mempunyai jaminan. Air yang masuk ke dalam iPhone boleh merosakkan komponen dalaman setelah sekian masa. Technician kami boleh mencari punca masalah buat masa sekarang dan kami berikan waranti 1 bulan untuk iPhone motherboard repair. Beliau bersetuju untuk teruskan repair iPhone masuk air ini kerana perlukan data di dalam iPhone tersebut. Pertama, technician kami membuka iPhone dan mencabut konektor bateri. Terdapat karat pada bahagian dalaman iPhone setelah dibuka. Skrin ditanggalkan untuk membolehkan kami akses dan memeriksa motherboard.

Seterusnya, kami menggunakan bahan kimia untuk mencuci bahagian dalaman iPhone dan membuang sebarang wap air. Ini boleh mengelakkan karat daripada terbentuk lagi. Setelah dikeringkan bahagian dalaman iPhone, kami cuba untuk on iPhone ini. Skrin sudah tidak berfungsi lagi dan perlu ditukar. Kemudian, skrin ditukar dan iPhone diuji lagi untuk sebarang masalah lain. Tiada masalah lain ditemui, iPhone dipasang semula. Akhir sekali, iPhone dipulangkan semula kepada Cik Aqilah berfungsi sepenuhnya dan tiada data yang hilang. Kami berjaya repair iPhone masuk air dalam tempoh 1 jam sahaja. Technician kami berpengalaman lebih daripada 5 tahun dalam bidang repair motherboard iPhone.


PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]
EXTERNAL LINKING:
[ SOP UNTUK IPHONE MASUK AIR ]
