
Cik Aina telah datang ke kedai kami membawa iPhone 13 Pro miliknya yang bermasaalah. Skrin iPhone ini telah menjadi putih dan tak boleh digunakan. Masalah ini adalah ‘common’ untuk iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max. Ini adalah masalah daripada pengeluar iPhone sendiri iaitu Apple. Ini boleh terjadi atas pelbagai sebab seperti iPhone panas, caj sambil guna atau terjatuh. Masalah ini boleh dibaiki dengan meggunakan Jumper dan tidak perlu tukar skrin baru. Technician kami akan repair skrin iPhone putih tersebut dengan menggunakan peralatan yang lengkap.

Pertama sekali, technician akan membuka iPhone ini dan tanggalkan bateri. Ini adalah untuk memastikan tiada cas elektrik yang mengalir ketika proses repair dijalankan. Kemudian, skrin ditanggalkan dan bahagian dalam iPhone dibersihkan. Skrin ini akan dipateri dan dibaiki dengan rapi oleh technician kami. Proses ini mengambil masa 45 minit sahaja dan iPhone dipasang semula. Kami akan pastikan tiada masalah pada skrin ini sebelum dipulangkan semula kepada beliau. Anda boleh hubungi kami melalui Whatsapp atau sosial media iPro Ampang.

PERANTI LATEST YANG KAMI BAIKI :
[ CLICK HERE ]
[ CLICK HERE ]
EXTERNAL LINKING:
[ SOP UNTUK IPHONE MASUK AIR ]
