Buka setiap Hari 11AM - 9PM (Isnin - Jumaat) 11AM - 7PM (Sabtu & Ahad) +60196000508 [email protected]

Dalam artikel saya pada kali ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang Wireless Charging. Persoalan yang kita sering tanya berkaitan Wireless Charging ialah apa itu Wireless Charging? Apakah kelebihan Wireless Charging bagi peranti gajet? peranti gajet manakah yang menggunakan Wireless Charging? Artikel ini akan menceritakan serba sedikit tentang Wireless Charging.

Apa itu Wireless Charging?

Wireless Charging merupakan satu kaedah dimana pemindahan Kuasa elektrik berlaku diantara dua gegelung Kuprum. Gegelung Kuprum yang dinamakan sebagai Transmitter akan dibekalkan kuasa manakala Gegelung Kuprum yang dinamakan sebagai Receiver akan menerima Kuasa daripada Transmitter. Kedua – dua gegelung ini akan didekatkan antara satu sama lain dan proses Elektromagnetisme akan berlaku. Proses inilah dimana Receiver akan menerima kuasa dan akan menukarkan arus kepada arus terus serta dipindahkan ke litar elektronik.

Kebaikan Wireless Charging

  • Selamat digunakan untuk peranti gajet
  • Hanya perlu letak atas Pad Pengecas bagi mengecas peranti
  • Mempunyai ketahanan yang kuat
  • Tahan lama
  • Tidak perlu menggunakan wayar

Keburukan Wireless Charging

  • Cas lebih perlahan berbanding cas menggunakan wayar
  • Tidak efisien
  • Lebih mahal berbanding wayar pengecas
  • Tidak serasi dengan sesetengah peranti gajet

Kesesuaian Wireless Charging Pada Peranti Gajet

Wireless charging sesuai digunakan pada peranti gajet yang menggunakan kuasa yang kecil. Seperti yang kita tahu, Apple Watch merupakan satu peranti gajet yang menyokong Wireless Charging sepenuhnya. Begitu juga dengan jam pintar seperti Samsung Galaxy Watch Active. Pelbagai jam pintar yang berada di pasaran akan tetapi hanya segelintir saja yang dapat menyokong Wireless Charging.  Selain daripada jam pintar, Apple Airpods juga menyokong Wireless Charging. Seperti yang kita tahu, Apple ingin memberi kesenangan kepada penggunanya serta produk mereka banyak menggunakan Wireless Charging. Selain itu, syarikat – syarikat teknologi yang lain juga bakal menggunakan teknologi Wireless Charging pada produk mereka dan kita dapat melihat teknologi Wireless Charging bakal berkembang pada masa akan datang.

Telefon Pintar Yang Menggunakan Wireless Charging

  • Apple iPhone: 8, 8 Plus, X
  • Samsung Galaxy: S9, S9+, Note 5, Note 8, S8, S8+, S7, S7 Active S7 Edge, S6, S6 Edge
  • LG: V30, G6 (US version only), G4 (optional), G3 (optional)
  • Microsoft Lumia: 1520, 1020, 930, 929, 928, 920
  • Google Nexus: 4, 5, 6, 7 (2013)
  • BlackBerry: Priv, Z30
  • Motorola: Droid Maxx, Droid Mini, Droid Turbo, Droid Turbo 2, Moto X Force
  • Nokia Lumia: 735, 830,920,928,929 / Icon,930,1520
  • Asus Padfone S

Kesimpulan

Kesimpulannya adalah teknologi Wireless Charging makin berkembang dan pada masa akan datang kita bakal menggunakan produk elektronik dengan hanya menggunakan wireless charging. Daripada segi penggunaan pada masa kini adalah bergantung kepada pengguna sendiri. Teknologi ini tidak begitu efisien bagi mengecas telefon pintar kerana telefon pintar banyak menggunakan kuasa elektrik tetapi kita boleh menjangkakan teknologi ini bakal menjadi lebih efisien pada masa depan.

ipro repair iphone pantas ampang

KEDAI REPAIR iPHONE MURAH DAN BERKUALITI | iPRO AMPANG KUALA LUMPUR
Hotline: Tekan untuk telefon (0196000508) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: IPRO – Mobile Fix Ampang KL
Instagram: @ipro_ampang
Website: https://www.iproampang.com.my/

Lokasi:
iPro Ampang
8, 1st Floor,Jalan 1/67B Off, Jalan Mengkudu, Desa Pahlawan Ampang, Kuala Lumpur

 

Pin It on Pinterest